• Flow of Love

    Fa Inni Qarib.Innallah Ma'ana

  • Tukang Menulis


    Kau bukan Pencipta . Dia bukan pencatat . Aku bukan siapa-siapa.

    Hamba yang masih berusaha untuk mengenal dan mencari Sang Pencipta

    Facebook Twitter
  • Kaki Goreng



    Mimpi biar tinggi melangit . Supaya paling kurang kita tersangkut dekat mana-mana pokok besar macam dalam cerita Jack dengan pokok ajaib tu.



  • The Things

    loving random thingy



    DSLR
    UKHUWAH TILL JANNAH
    UNIVERSITY LIFE
    MY OTHER HALF :P



  • SEDERHANA :)

    Ahad, 8 April 2012Ahad, April 08, 2012 1 Comment(s)


    Bismillahirrahmanirrahim :)
    Assalamualaikum :)



    aku bukan yang sempurna dan aku tak meminta yang sempurna
    cukuplah sekadar yang sederhana,kerana aku sendiri serba kekurangan
    aku bukannya cantik seperti Zulaikha...tak layak untuk mendambakan yang sekacak Yusuff  sedangkan hati dan jiwa mahukan yang seperti itu
    aku bukannya sabar seperti Siti Hajar..jujur,aku memang tak layak untuk meminta yang selembut  Ibrahim..
    aku ini bukannya seperti Siti Sarah..yang sanggup berkorban...memang jelas aku tidak betah mendapatkan yang seperti Ibrahim
    aku tidak secerdik Puteri Balqis...tak layak untuk bermimpikan seseorang yang sepintar Sulaiman
    aku tidak sesetia Siti Khadijah.....mampukah aku untuk mendapatkan yang sehebat Muhammad

    aku hanya minta yang ikhlas menghulur tangan untuk aku berjuang sampai ke Syurga.
    yang memandang aku kerana kekuranganku..bukan kelebihan ku..
    yang memandang aku kerana sikap mazmumahku dan bukan kerana luaran yang menutupi tubuhku.
    yang sudi membetulkan langkahku untuk aku mencapai redha-Nya..

    aku masih belum layak membicarakan tentang hati dan jiwa
    belum layak menulis tentang cinta dan sayang
    masih kaku untuk bercanda tentang kasih dan sayang
    masih jauh dari persada rindu dan cinta

    yang ingin aku dekati kini Allah
    yang aku ingin hampiri kini Allah
    yang ingin aku cintai kini Allah
    yang aku ingin rindui Allah
    yang ingin aku kecapi kini redha Allah
    yang ingin aku capai kini barakah Allah
    yang ingin aku miliki kini hidayah Allah
    yang ingin aku rasai kini taufiq Allah
    JANNAH itulah yang ingin aku duduki selepas ini.




    Label: aku rindu jannahMU, cintaku milikMU :)


    « Older Newer »