Flow of Love
Fa Inni Qarib.Innallah Ma'ana
Tukang Menulis
Kau bukan Pencipta . Dia bukan pencatat . Aku bukan siapa-siapa.
Hamba yang masih berusaha untuk mengenal dan mencari Sang Pencipta Facebook Twitter Kaki Goreng
Mimpi biar tinggi melangit . Supaya paling kurang kita tersangkut dekat mana-mana pokok besar macam dalam cerita Jack dengan pokok ajaib tu.
The Things
loving random thingy
-
Muti'ah mengalahkan anak dan isteri Rasulullah :)
Sabtu, 4 Februari 2012Sabtu, Februari 04, 2012 0 Comment(s)
Bismillahirrahmanirrahim..May Allah bless us :)
Assalamualaikum...
Allahumma soli 'ala saidina Muhammad..wa'ala alihi wasahbihi wasalam.(selawat ramai-ramai ya)
okey..selepas entah berapa entry saya asek pasal cinta aje kan,kan(aku pun bosan dah asek topik cinta kawen je)..so sekarang saya nak cerita pasal lain..pasal seorang wanita yang sangat hebat.Yang patut kita contohi.Masa saya baca kisah dia saya terfikir...boleh ke saya jadi macam dia...
mai,anak-anak mama nak cerita ni...:)
anak-anak rasalakan...siapa wanita pertama yang masuk ke dalam syurga??Fatimah??atau Aisyah??dua-dua salah..Jawapannya MUTI'AH.Beliau cuma wanita biasa yang tiada kaitan dengan Rasulullah.Apabila mengetahui perkara itu,Fatimah teringin bertemu Muti'ah.Fatimah nak tahu sangat apa yang lebihnya Muti'ah tu,sampai boleh menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga.
Lepas minta keizinan suaminya,Ali bin Abi Thalib,Fatimah pergi ke rumah Muti'ah bersama-sama dengan anaknya Hassan yang masih kecil.Berjalan dan terus berjalan akhirnya Fatimah sampai ke rumah Muti'ah.Dia memberi salam.
"Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam."jawab satu suara yang lembut.
"Siapa itu?"Sambung suara itu lagi.
"Aku,Fatimah.Puteri Rasulullah."Jawab Fatimah.
"Betapa bertuahnya aku,kerana puteri Rasulullah mahu datang ke pondok ku."Kata Muti'ah.Suaranya makin mendekat dengan pintu.
"Kau datang sendirian kah Fatimah?"
"Tidak,aku bersama anakku Hassan."Jawab Fatimah.
"Ohh..Maaf.Aku tidak boleh membenarkan engkau masuk.Kerana suamiku tiada di rumah."Jawab Muti'ah lembut.
"Tetapi bukankah Hassan masih kecil?"Jawab Fatimah hairan.
"Hassan tetap seorang lelaki walaupun dia masih kecil.Kau datanglah esok."Fatimah pun berlalu.Keesokkannya Fatimah datang kembali dengan Hassan dan Hussin.
"Kamu datang bersama Hassan kah,Fatimah?"Kata Muti'ah.
"Aku datang bersama Hassan dan Hussin."
"Mengapa tidak kau katakan semalam.Aku hanya meminta izin pada suamiku untuk Hassan sahaja.Bukan untuk Hussin."Maka Muti'ah meminta Fatimah kembali lagi esok.
Keesokkannya,barulah Fatimah boleh masuk ke dalam rumah Muti'ah.Rumah itu sangat bersih dan kemas.Mata Fatimah tertancap pada rotan yang tergantung di dinding.
"Maaflah Fatimah.Aku tidak boleh menemani kau duduk.Aku perlu siapkan makanan untuk suamiku."Fatimah hanya mengangguk.
"Muti'ah suami mu kerja di ladang sebaai mengembalakah?"
"Tidak.Dia seorang peladang."Jawab Muti'ah.
"Peladang perlukan rotan?"Muti'ah tersenyum.
"Bukan.Rotan itu untuk aku."
"Maksudmu?"
"Aku sediakan rotan itu untuk suamiku memukulku seandainya masakan ku tidak sedap."Fatimah terkedu.
Fahamlah dia mengapa Muti'ah dipilih sebagai wanita pertama masuk ke syurga.
Hahh..so ada tak awak yang cantik molek berseri ni sanggup kena rotan dengan suami hanya kerana masakan???dan awak yang hensem segak bergaya,sanggup ke nak rotan isteri yang muka ala-ala Lisa Surihani ni???
p/s:Selamat menyambut Maulidul Rasul.Sentiasalah ingat pada Rasulullah.Jom selawat!!!!
Label: moral
« Older Newer »