• Flow of Love

    Fa Inni Qarib.Innallah Ma'ana

  • Tukang Menulis


    Kau bukan Pencipta . Dia bukan pencatat . Aku bukan siapa-siapa.

    Hamba yang masih berusaha untuk mengenal dan mencari Sang Pencipta

    Facebook Twitter
  • Kaki Goreng



    Mimpi biar tinggi melangit . Supaya paling kurang kita tersangkut dekat mana-mana pokok besar macam dalam cerita Jack dengan pokok ajaib tu.



  • The Things

    loving random thingy



    DSLR
    UKHUWAH TILL JANNAH
    UNIVERSITY LIFE
    MY OTHER HALF :P



  • dewasa tak semestinya matang :)

    Isnin, 13 Februari 2012Isnin, Februari 13, 2012 2 Comment(s)


    Bismillahirrahmanirrahim...May Allah bless us :)
    Assalamualaikum...:)


    gambar tahun tok kaduk :)


    Grades don't define intelligence,And age doesn't define maturity

    bila kita dapat star dalam SPM tak bermakna kita pandai dalam uruskan hidup.dalam hadith Rasulullah ada mengatakan sepandai-pandai orang yang beriman,ialah mereka yang mengingati mati(kalau tak salah la).jadi tak semestinya kita ni hebat gila dalam add math,kita star juga menghafal al-Quran.jangan ingat kita terorr biology kita memandai nak melawan ciptaan Tuhan.bila kita dah star physics jangan pula kita fikir nak lawan kekuasaan Allah.bila kita ni dah pandai chemistry jangan pula ikut kata hati pergi buat equation sendiri untuk hidup.dan jangan pula tak percaya,kalau orang yang tak star SPM tu lagi berjaya dari orang yang star SPM.maka jadilah kita orang yang bersifat tawazzun.pentingkan keseimbangan.maka bertuahlah orang yang bijak dalam menguruskan hidup di dunia untuk bekalan hidup di akhirat.:)

    awak yang hensem tu,awak rasa awak dah dewasa sangat eh,sebab tu tak nak dengar nasihat adik awak yang baru darjah tiga tu??awak kena brainwash otak awak dalam mesin basuh ni...kita selalu dengarkan,orang yang lebih dewasa,yang lebih tua,yang lebih berumur,susah nak dengar nasihat orang yang lebih muda.bagi kita,yang muda tu,tak layak untuk bersuara.ewahhhh...ego tinggi melangit.saya tak cakap orang pun,kadangkadang saya macam tu juga.rasa macam ditindas bila ada budak kecik yang hidung masih berhingus dok tegur kita pasal aurat,pasal solat.kita kena berfikiran terbuka dan luas.terima semua tu sebagai nasihat yang baik.mungkin bagi kita,eleh budak-budak ni belum matang.apa diaorang tahu??aqil baligh pun belum..saya nak tanya,orang yang dah baligh ni matang sangat ke??saya bagi contoh diri saya sendiri.mak saya cakap saya ni macam budak 5 tahun.tak matang-matang(hiperbola betul mak ni)..jadi tak semestinya umur kita ni 18 tahun,kita matang..tapi budak yang berumur 8 tahun dia tak matang.matang tu luas.bagi saya matanglah kita dalam berfikiran.bijak memilih antara yang baik atau yang buruk.itu matang bagi saya.

    yang pasti semakin banyak benda yang kita lalui,semakin banyak kesilapan yang kita buat,semakin banyak masalah yang kita selesaikan,semakin banyak perjalanan yang kita teroka,semakin banyak air mata yang kita keluarkan,kita akan tahu yang kita dah matang sebenarnya.


    P/S : matang tu bukannya tumbuh janggut or tumbuh jerawat.:)

    Label: saya rasa saya kecik lagi :)


    « Older Newer »