• Flow of Love

    Fa Inni Qarib.Innallah Ma'ana

  • Tukang Menulis


    Kau bukan Pencipta . Dia bukan pencatat . Aku bukan siapa-siapa.

    Hamba yang masih berusaha untuk mengenal dan mencari Sang Pencipta

    Facebook Twitter
  • Kaki Goreng



    Mimpi biar tinggi melangit . Supaya paling kurang kita tersangkut dekat mana-mana pokok besar macam dalam cerita Jack dengan pokok ajaib tu.



  • The Things

    loving random thingy



    DSLR
    UKHUWAH TILL JANNAH
    UNIVERSITY LIFE
    MY OTHER HALF :P



  • Jangan susahkan yang mudah :)

    Khamis, 26 Januari 2012Khamis, Januari 26, 2012 1 Comment(s)


    Bismillahirrahmanirrahim...May Allah bless us :)
    Assalamualaikum...


    Jenab!!!!Cantiknya tudung kau ni..Ada gaya macam Najwa Latiflah kau!!!
    Well...Tengoklah..aku beli kat J.J bukit tinggi tau.Mahal ni!!
    Mahal ke nak??Taniahlahh...Harap-harap tudung yang mahal tu boleh cover anak punya dada tu time dekat akhirat nanti.
    Jenab dan Minah terus tersenyum sambil cuba menarik-narik depan shawl supaya melebihi dada.

    *Watak-watak dalam cerita sebelum ni..:)




    Ni yang saya cuba sampaikan hari ni.Zaman sekarang ni,kita boleh tengok,banyak sangat pesen.Agak-agaknyalah nenek yang umur lebih kurang 50 an ada pakai tudung macam Yuna sebab nak berpesen.
    Haaa...Jangan salah sangka,saya tak cakap,yang pakai tudung berbebelit-belit tu salah.Tak cakap!Cuma kita kena fahamkan apa yang sebenarnya yang sepatutnya kita pakai.Allah dah bagi jalan so,kita cuma ikut..Jangan susahkan yang mudah.

    Saya faham..sekarang jiwa muda.Nak berstyle.Nak mudah.Sekarang ni pulak,ada shawl,ada pashmina.(setakan yang saya tahu).Maka gunakan kemudahan itu.Tapi ingat jangan salahkan niat!Niat kita tetap sama.Niat nak tutup aurat kerana Allah!

    It's okey,if awak nak pakai tudung macam Najwa Latif ke Yuna ke Bienda ke,yang penting menepati syariat islam.Melepasi dada.Kalau awak yakin boleh dapat yang macam ni,maka awak pakailah dengan senang hati.Tapi kalau awak tak dapat yang macam ni..cubalah cari sarung guni ke,sarung bantal ke,untuk cover diri..:)Lagipun sekarang ni,dah banyak tudung bidang 60,bidang 50 maka apa lagi,pakailah.Kan senang tu??


    Saya rasa saya pernah bercerita sebelum ni..Tentang macam mana saya boleh 'terpakai' tudung labuh sehingga sekarang..Alhamdulillah..Bila diingat balik rasa malu..Saya ingat lagi,masa tu ada ceramah motivasi..
    Dengan berkeyakinan saya pakai tudung bawal masa tu.Pink colour(feveret tu)..Masa ni saya dasyat teramat.Tak pakai stoking,tak pakai armsock.Just pakai baju kurung,dan tudung sempang.Tiba-tiba ada seorang mamat ni tegur saya,baik punya tegur tu...
    Kau seksi!
    Saya tergamam.Tak tahu nak cakap apa.Terus rasa diri terancam.Rasa macam banyaknya mata pandang masa tu.Tapi still tak insaf.Sampailah satu hari tu,saya tak tahu apa yang merasuk saya,tiba-tiba saya ambil tudung labuh,stoking,dan armsock.Saya pakai semua sekali.Saya rasa tenang...Tenang sangat.Rasa dilindungi.Sampailah sekarang..:)

    Memang susah untuk memakai tudung labuh,stokin,armsock,pakai baju longgar-longgar,walhal pakai tudung pun ada orang kata susah.Jadi kita buat perlahan-lahan.Islam itu mudah.Cuma jangan salah tafsirkan mudah itu dengan sambil lewa.Allah tidak berkata supaya kaum hawa wajib memakai jubah dan tudung labuh.Tetapi Allah mewajibkan kaum hawa menutup aurat.Awak pakai seluar slak longgar(yang tak nampak bentuk),t-shirt muslimah,shawls yang melepasi dada,stokin,dan armsock..Pun dah cukup.It's perfect!
    Sebab tu saya kata kemudahan itu kita gunakan untuk kebaikan..Kebaikan yang boleh membantu kita dekat alam barzakh nanti..











    P/S:mohon maaf bagi yang terasa.
    Nak berubah bukan senang tapi kita kena mencuba..:)

    Gambar-gambar dicuri dari S.M.K dan Dr.Cinta :)




     
     
     

    « Older Newer »