Mimpi biar tinggi melangit . Supaya paling kurang kita tersangkut dekat mana-mana pokok besar macam dalam cerita Jack dengan pokok ajaib tu.
The Things
loving random thingy
hipokrit atau satu perubahan???
Jumaat, 5 November 2010Jumaat, November 05, 2010 0 Comment(s)
Dulu masa aku tidak kenal apa itu islam,aku selalu hanyut di bawa arus dunia.Di sini aku bukan orang yahudi,orang kristian,china,india or something else,tapi aku orang melayu dan beragama islam.Pelik kan,orang islam tapi baru nak kenal islam?Ya,aku kenal Islam,tapi hanya pada nama dan tulisan.Tidak pada hati,tidak pada jiwa,dan tidak pada akal.Aku tidak kenal islam sedalam-dalamnya.
Sampailah satu hari,aku mendengar ustazah aku bersuara,"perempuan punya aurat bukan setakat ni aje(anggota badan)tapi,suara,lentok tubuh,pergerakan and all of things yang perempuan buat boleh dijadikan aurat.Ustazah tak nak sentuh banyak-banyak.Saya rasa buat masa ni,masalah anggota badan pun,kita belum dapat atasi,inikan yang lain-lain."Masa aku dengar celoteh ustazah tu,aku rasa macam kepala aku kena hempap dengan batu besar.Ustazah tu sambung lagi.."Ustazah tahu sekarang ni,ramai di kalangan kamu yang gemar berfesyen...gemar bersolek,melawa dan tujuan yang kamu cari mestilah 1,iaitu lelaki....Ustazah nak tanya,kalau ada lelaki yang berminat dengan kamu,kamu layan tak?"Soalan itu diajukan secara umum.Kawan aku,Mona menjawab.."Mestilah layan ustazah.Bukan senang nak suruh orang suka dekat kita..Bila orang suka dekat kita tu tandanya kita cantik dan menarik."Jawapan dari mulut Mona itu bagi aku ada benarnya.Aku menoleh kearah ustazah itu.Dia hanya mengukir secarik senyuman."Kamu nak tahu tak,sebenarnya,apabila seorang lelaki itu menjauhkan diri dari kamu,itu tandanya lelaki itu lebih menghargai kamu,lebih tertarik dengan kamu dan lebih sayang dengan kamu.Dia tak nak kamu lalai dengan cinta dunia,hanyut dengan kata-kata manis dan khilaf dengan rasa sayang yang kamu cipta sendiri."Aku terkelu seketika..Kali ini aku rasa macam bangunan KLCC jatuh betul-betul atas badan aku."Anak-anak,dunia sekarang ini sudah terlalu uzur,terlalu tua dan mungkin tidak mampu menampung kita ni...Manusia selalu lupa yang hidup di bumi ini ada peraturannya....Manusia hanya mengikut law mereka sendiri..Mana mereka campak law Allah??Muslimat sekarang semakin lupa pada serikandi-serikandi Islam.Mengapa nahu jadikan Fasha Sandha,Maya Karin,Jennipher Lopez,Angelina Jolie sebagai idola sedangkan kalian masih ada, Siti Khadijah,Siti Fatimah,Siti Aisyah,Rabiatul Adawiyah dan ramai lagi yang boleh dijadikan idola..Mengapa kita semua semakin lupa pada Allah,mengapa kita semakin lupa pada Rasulullah.....Ustazah tak minta kamu yang berubah secara mendadak,etapi perlahan-lahan.Cubalah,demi umat akhir zaman ini.Cubalah ubah ccara pemakaian kamu....Cara berbicara kamu....Demi Allah,demi Rasulullah dan demi umat sezaman.."Sesudah ustzah itu habis berbicara,ustazah itu menitiskan air matanya.Aku terkedu kerana air mataku turut menitis..Ada kah ini hidayahMU Ya Allah....
Aku mula berubah perlahan-lahan..Aku berubah kerana agamaku,kerana Tuhanku,Rasulku dan saudara seislamku....
Wallahu'alam....
(berkongsi ilmu,untuyk diri sendiri juga...=)May Allah bless us..Aminnnn..) « Older Newer »