Mimpi biar tinggi melangit . Supaya paling kurang kita tersangkut dekat mana-mana pokok besar macam dalam cerita Jack dengan pokok ajaib tu.
The Things
loving random thingy
Hijab???perlu atau tidak??
Sabtu, 6 November 2010Sabtu, November 06, 2010 0 Comment(s)
Safiyyah melihat laut yang terbentang luas itu dengan hati yang cukup tenang.Benar kata yang bijak pandai,lihatlah sesuatu dengian mata hati kamu,bukan dengan mata nafsu kamu.Bila kita melihat sesuatu dengan ikhlas dan tahu siapa Penciptanya,kita akan ingat dan sentiasa ingat pada Allah yang satu..
Keasyikan gadis dari Malaysia itu terganggu apabila angan-angannya diganggu oleh suara yang menyapa..
"Kamu seorang islam?"Persoalan yang menegejutkan Safiyyah.Dahinya sedikit berkerut,namun bibirnya tetap mengukir senyuman yang manis.Dia mengangguk perlahan.
"Adakah islam memang menyuruh orang perempuan memakai ini?"Tanya gadis berambut perang itu lagi.Jari telunjuknya ditujukan kearah tudung labuh milik Saffiyah.Sekali lagi Safiyyah tersenyum.
"Mari sini,duduk di sebelah aku.Adakah kamu berminat dengan agama Islam?"Tanya Safiyyah pula.Gadis berambut perang itu tersenyum dan akhirnya meletuskan tawanya.
"Mengapa aku perlu berminat dengan Islam?Aku hanya menanya kamu,tentang benda ini."Kata gadis itu.Safiyyah masih juga tersenyum.Tiada perasaankah Safiyyah.Asyik tersenyum sahaja.
"Apa nama mu,wahai saudari?"Gadis itu menjawab,"Carrinth..."Safiyyah melihat sekali lagi ke kaki langit sebelum bersuara."Benda yang kau tanya ini,merupakan makhkota dan penyelamat orang perempuan seperti aku dan seperti kamu."Carrinth mengerutkan dahi.Tidak faham dan tanda memprotes.
"Apa maksud kamu?Aku tak perlukan benda buruk ini sebagai pelindung.Aku ada ini sebagai pelindung."Kata Carrinth dengan angkuh sambil menunjukkan tanda salibnya.
"Boleh aku tanya sesuatu kepada kamu?"Safiyyah bertanya lembut.Carrinth mengangguk.Dalam diam dia mengagumi kecantikan gadis islam itu.Wajahnya mulus dan seolah-olah disinari cahaya.
"Adakah apabila ada seorang lelaki yang ingin mengambil kesempatan kepadamu,benda ini akan membantu?"
Tergamam sebentar Carinth mendengarnya.
"Maksudmu?"
"Benda yang kamu maksudkan ini adalah hijab.Hijab ini lah yang melindung kaum perempuan dari kaum lelaki yang bernafsu 1."Sekali lagi gadis berambut perang itu mengerutkan dahi...
"Bagaimana?"
"Hijab ini akan melindungi rambutmu,dadamu dan lehermu.Tiga perkara ini antara sebab mengapa lelaki selalu lalai melihat perempuan."Carrinth mengerutkan dahi lagi.Dia membentak geram.
"Kamu ni banyak sangat merepek.Aku tak percaya."Gadis itu bingkas berdiri dan mahu berlalu.Safiyyah sempat berpesan.."Tuhanku tidak akan mewajibkan sesuatu sekiranya Dia tidak tahu baik buruknya.Hanya Allah tempat kita berlindung."