Mimpi biar tinggi melangit . Supaya paling kurang kita tersangkut dekat mana-mana pokok besar macam dalam cerita Jack dengan pokok ajaib tu.
The Things
loving random thingy
kisah cinta dulu-dulu....
Jumaat, 6 Ogos 2010Jumaat, Ogos 06, 2010 0 Comment(s)
Pernah dengar cerita pasal Abu Soleh???
Cerita tentang beliau yang termakan epal yang terjatuh daripada pokok dan hanyut ke sungai...
Cerita di mana,beliau sanggup mencari pemilik epal itu,untuk mengatakan kepada pemilik itu yang dia sudah termakan epal itu dan mahu pemilik itu menghalalkannya.
Diringkaskan story,Abu Soleh,bertemu dengan pemilik epal itu,iaitu Abdullah b Seumai...Abdullah bagi 2 syarat kepada Abu Soleh,kalau mahu dihalalkan epal yang dimakan tadi...Syaratnya:
"Mahukah kamu bekerja di ladang aku,tanpa upah selama 12 tahun?dan mahukah kamu mengahwini anak gadis aku,yang pekak,buta dan bisu?"Itulah syarat-syarat Abdullah.Tanpa ragu Abu Soleh mengangguk dan bersetuju..
Akhirnya,ketika Abu Solleh mahu mengahwini anak Abdullah,da terkejut.Anak Abdullah sempurna,perfect,tiada cacat cela.Dia bertanya kepada Abdullah."Adakah benar ini anakmu,wahai ayahanda ku?"Abdullah tersenyum seraya berkata."Ya,dialah anakku,dan dialah isterimu.Yang aku katakan buta itu,kerana aku mengharamkan matanya melihat maksiat,yang aku katakan pekak itu,ialah aku mengharamkan telinganya mendengar perkara laghah,dan yang aku katakan bisu itu,ialah aku melarangnya menuturkan kata-kata mungkar.Pergilah,dialah isterimu yang sah."
Ini yang patut dicontohi sekarang....Tapi susah betol nak ikot...Contoh macam diri ni sendiri...Moga Tuhan bagi taufik dan hidayah secepat mungkin..