Mimpi biar tinggi melangit . Supaya paling kurang kita tersangkut dekat mana-mana pokok besar macam dalam cerita Jack dengan pokok ajaib tu.
The Things
loving random thingy
Cinta penjual susu...
Jumaat, 6 Ogos 2010Jumaat, Ogos 06, 2010 0 Comment(s)
Pada zaman Saidina Umar,ada seorang gadis penjual susu yang miskin hidup bersama ibunya.Suatu hari,Saidina Umar merayau pada waktu malam.Meronda-ronda jikalau ada kecurian atau penipuan.Sehinggalah dia terdengar perbualan seseorang.
"Anakku,bangunlah...Campurkanlah susu lembu itu dengan air."Gesa si ibu.Gadis penjual susu itu menggeleng perlahan.Dia tersenyum cuma."Ibu,lupakah engkau pada pesan amirul mukminin?"Ibu itu menggeleng."Apakah pesannya,duhai anakku?"Gadis itu menjawab,"Amirul Mukminin berpesan supaya janganlah kita menipu dalam berniaga."Ibunya menjawab,"Tidak apalah,anakku.Amirul Mukminin tiada ketika ini.Usahlah kau takut kepadanya."Gadis itu menjawab,"Walaupun Amirul mukminin tiada,tetapi Tuhan yang mencipta Amirul mukminin sentiasa ada,ibuku.Aku tidak mahu jadi orang yang munafiq.Yang melakukan perintah ketika di hadapan khalayak..Tetapi tidak di belakang khalayak.
Saidina Umar yang mendengar berasa terharu.Setelah pulang ke rumah beliau terus menyuruh anaknya,Ashim mencari dan meminang gadis itu,jika dia bukan kepunyaan orang...
melalui ini,kita tau,kalau nak cari jodoh bukan penting lawa,kaya,atau apa-apalah...yang penting jujur...dan cintakan YANG ESA more than other..........